Isnin, Januari 25, 2010

KELUARGA BERKUMPUL TAPI SELERA PULA TAK SAMA

Hari minggu semalam kita orang ada tetamu. Tiba-tiba saja saudara sebelah emak datang ke rumah. Kata mereka dah lama tak berjumpa. Keluarga disebelah Melaka dah rindu sangat kerana kita orang dah lama juga tak balik ke kampung emak di Melaka tu.

Dah dia orang datang tu abis diambil alih bahagian dapur. Tiba-tiba ada masak asam pedas daging dan masak teluar jeruk. Memang adik-beradik Bid tak berapa suka sangat masak asam pedas Melaka ni. Tapi nak buat macam mana.

Hujung-hujung kakak buat derk je terus goreng ikan bilis dengan cili padi dan bawang dan buat sambal tumis tauhu. Kira-kira tambahan lauk le. Hakikatnya, keluarga dari Melaka makan dengan masak asam pedas, dan Bid adik-beradik makan dengan lauk ikan bilis dan sambal tauhu. Hehehe ...

1 ulasan:

  1. Salam kembali BID.
    Maaf ye .. lama pulak kena cuci komputer tu.
    Betul BID, selera orang mmg berbeza .. tp rasa Malaysia ni best sgt kerana byk pilihan tau ..

    BalasPadam