Selasa, Mei 04, 2010

BERGANTUNG DIALYSIS

Semalam Angah disahkan mengalami masaalah buah pinggang yang serius. Doktor sudah memberi pengesahan ini selepas beberapa kali pemeriksaan.

Nasib Angah sudah ditentukan begitu. Semua orang tak sangka. Angah yang selalunya riang dan aktif menjadi lemah dengan agak drastik pada dua bulan lepas. Rupanya salah satu buah pinggangnya sudah rosak teruk sementara yang sebelah lagi juga sudah kurang upaya.

Sebenarnya Angah muda juga lagi. Dia baru saja berusia 27 tahun. Kata doktor kemungkinan Angah selalu menahan kencing dan kurang minum air untuk bantu membersihkan toksid yang ada di dalam badan.

Angah terpaksa menjalani dialysis ini sebanyak 3 kali seminggu. Tidak tahulah nanti. Kami sekeluarga hanya dapat iringi dengan doa.

2 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Harap semua sabar & tabah. Sentiasalah terus berusaha utk berubat & berdoa semoga dipermudahkan oleh Allah SWT.

    BalasPadam
  2. Wkmslm.
    Terima kasih keran sering beri sokongan pada Bid.

    BalasPadam