Jumaat, Mei 28, 2010

BORING PULAK!

Hari ini rasa boring pulak. Hari mendung tapi badan masih terasa bahang panas. Tambahan Mak pulak mula membebel sejak malam tadi lagi.

Nak pergi mana pun tak boleh. Mak dah cakap dari malam tadi lagi tak bagi sesiapa pun keluar hari ini. Mak suruh semua bantu buat kerja-kerja rumah.

Kejap tadi Along dan Angah nak pergi sembahyang Jumaat pun kena marah juga dulu. Mak siap bagi amaran lagi supaya segera pulang selepas habis sembahyang tu.

Susah betul melayan angin Mak sekarang ni. Tak tahulah apa sebabnya. Nak kata tak ada duit semua anak-anak yang sudah bekerja menghulur juga. Duit simpanan dari bahagian pusaka arwah Ayah pun masih ada lagi. Pening betul!

6 ulasan:

  1. Salam.
    Memang sukar sbg anak .. tp biarkan je! Byk lg boleh buat kan? Blogwalking ke? Hehe.

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Bawa bersabar byk2 .. biarkan je anginnya reda!

    BalasPadam
  3. Salam.
    Sabarlah .. org tua ni kadang2 gitu .. hilang marahnya tu nanti.

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Hmmm ... mesti ada hal le tu! Bersabar je le. :)

    BalasPadam
  5. Aslmkm.
    Lalu je le! :)

    BalasPadam