Ahad, Jun 27, 2010

'KURSUS' MASAK

Semalam dan hari ini Bid dan kakak ikut seorang kawan pergi melihat demonstarasi masakan di dewan orang ramai. Kata penganjurnya ini adalah aktiviti kemasyarakatan bagi memupuk semangat kejiranan.

Masa sessi semalam mereka menunjukkan cara-cara untuk memastikan masakan kita mempunyai zat makanan di tahap maksima. Rupanya lebih baik untuk kita membasuh bersih-bersih dahulu segala sayuran sebelum dipotong dan dimasak. Selama yang tahu semua orang dah potong semua dulu barulah dibasuh.

Hari ini mereka menunjukkan cara-cara memasak daging masak merah pulak. Kata mereka, kalau anak Negri Sembilan pun tak semestinya hari-hari makan masak lemak. Semua orang menyambut dengan hilai ketawa.

Sedap juga daging masak merah ni. Sayangnya Bid dan kakak tidak pula membawa kamera.

Semua orang dapat merasainya, tetapi tak ada pula untuk dijual. Siapa nak makan lebih kenalah masak sendiri.

7 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Dah sedap tu tak nak kongsi resipi ke?

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Ya la, dah sedap bagi jer resipi sekali w/pun takde gambar. Hehe.

    BalasPadam
  3. Salam Bid.
    Sementara ada kebaikan eloklah dimanafaatkan. Sambil itu dapat juga memanjangkan silaturrahim.

    BalasPadam
  4. Aslmkm BID.
    Apa-apa yg baik, harus disertai untuk mendapat manafaatnya. Tetapi jika bercampur-aduk dgn ciri2 yg berlawanan dgn akidah, wajib dijauhkan.

    BalasPadam
  5. mana resepinya Bid?.. nak jugak rasa..

    BalasPadam
  6. Aslmkm Bid.
    Bagus la belajar gitu .. kurang2 nanti tahu masak lebih dari masak lemak! :)

    BalasPadam
  7. Aslmkm.
    Lalu saja ler ye. :)

    BalasPadam