Sabtu, Jun 19, 2010

TUKAR GAMBAR PULAK

Sebenarnya dah banyak hari juga Bid duduk fikir nak tukar gambar dalam profil. Cari-cari gambar yang besar yang cantik sikit tak ada pulak. Dah letih, Bid pilih gambar ini dan potonglah. Hehe.

Nanti jika Bid jumpa gambar Bid yang lebih baik, mungkin Bid ganti lagi. Ataupun bila-bila Bid ambil gambar baru yang lebih elok, boleh jugak guna gambar tu nanti.

Hari ini Bid sekeluarga nak turun Seremban untuk pergi rumah Mak Ngah. Mak Ngah jemput datang untuk majlis doa selamat sempena anak bongsunya sudah dapat kerja. Tapi Mak Ngah juga minta datang awal untuk bantu buat rendang.

4 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Hmmm ... cantik! Baru ler nampak muka jelas skit. :)

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Ehhh macam muka anak sdra saya! Hehe.

    BalasPadam
  3. Salam BID.
    Comel pulak ni! Hehe.

    BalasPadam