Jumaat, Julai 30, 2010

DAPAT TEMPAHAN KUEH RAYA

Sejak beberapa hari lepas, Bid, kakak dan Alang mendapat tempahan membuat biskut tart nenas dan biskut telur rebus. Kira-kira lumayan jugalah tempahannya. Mungkin kerana kami jual dengan harga yang amat berpatutan.

Untuk biskut tart, kami jual dengan harga RM 30. Sementara untuk biskut telur rebus, harganya ialah RM 22. Harga ini adalah bagi setiap 100 keping. Kami minta wang deposit sebanyak RM 5 bagi setiap tempahan.

Pada pukul 12 tengahari hari ini kami telah berhenti menerima tempahan. Bukan apa, takut pula tak terbuat nanti.

Kalau dikirakan, mungkin kita orang terpaksa kerja lebih jugalah. Jumlah tempahan semuanya sudah mencecah 15,200 keping.

Kami adik beradik sudah bersetuju untuk menerima habuan mengikut jumlah tempahan yang setiap seorang terima. Semuanya juga bersetuju bahawa yang mendapat tempahan paling kurang akan membantu memenuhi tempahan yang lebih dengan mendapat 25% bahagian keuntungan. OK la tu!

Belum buat lagi, sudah terbayang duit raya yang bakal diterima nanti. Insya Allah, semuanya akan menjadi kenyataan. :)

6 ulasan:

  1. Salam Bid.
    Wah best tu! Orang menghabiskan wang, Bid bijak menambahkan pendapatan. Syabas!

    BalasPadam
  2. Salam Bid.
    Hehehe .. elok la gitu. Rezeki murah!

    BalasPadam
  3. Salam Bid.
    Alhamdulillah .. rezeki baik tu Bid.

    BalasPadam
  4. Salam.
    Bagus la muda2 dah pandai cari duit tambahan semasa peluang ada. Tahniah!

    BalasPadam
  5. Aslmkm.
    Syabas kerana dengan redha memberi rezeki kepada saudara. Insya Allah segala kebajikan akan mendapat keredhaan Illahi, & diberkati dengan rahmat yg berlipat ganda.

    BalasPadam