Bid agak sibuk sekarang sebab Bid membantu perniagaan kecilan keluarga secara sambilan. Sebenarnya, bukan sangat perniagaan, tapi lebih sebagai mengambil upah memenuhi permintaan.
Mak, Alang, kakak dan Bid telah bersetuju untuk membekalkan karipap dan murtabak mini kepada pembekal secara kontrak selama 1 tahun. Kuantitinya lumayan jugalah iaitu sebanyak 500 biji sehari bagi tiap satu jenis.
Bagi karipap upahnya adalah 15 sen sebiji dan untuk murtabak pula ialah 45 sen sebiji. Jadi pendapatannya adalah RM 300 sehari. Walaupun, Mak tidak banyak membantu, kami bersetuju membahagikannya sama rata iaitu RM 75 seorang. Lumayan juga kan?
Jika semuanya berjalan lancar, sekurang-kurangnya untuk setahun ini adalah pendapatan tambahan. Biarpun meletihkan, tapi amat berbaloi.