Khamis, Ogos 13, 2009

JALAN-JALAN MASA KECIL

Slm kembali.

Bid susah skit nak guna komputer ni. Bid tumpang kakak punya. Bila ada urusannya dia tak bg guna.

Kalau duduk dgn Mama tentulah lain. Tp Bid yg dah buat pilihan utk balik tinggal bersama Mak & Ayah semasa umur 8 thn lebih dulu. Cuma masa tu masih mentah sgt, buat keputusan tentulah yg kebudakan. Bid nak balik duduk dgn Mama, tp ayah tak kasi.

Bid lihat semua gambar-gambar Bid semasa duduk bersama Mama, Abah, & abang. Nostalgia kembali.

Memang rasa seronok sekarang. Yalah, bukan ramai orang yg berpeluang duduk & berjalan-jalan di luar negara.

Paling Bid suka ialah pemandangan semula jadi seperti panatai-pantai indah di California macam 'Venice & Malibu beaches. Niagara Falls & The Grand Canyon pun amat menakjubkan. Byk lg tempat semula jd yg amat cantik di Utah, Nevada dsbnya.

Pengalaman bermain snow juga amat menyeronokkan. Pada ujung tahun 1996, Bid dan Mak Tok dibawa melihat dan merasa tempat-tempat yg byk snow seperti Utah,Wyoming, dan Colorado. Mak Tok sampai demam kesejukan selepas lama sgt bermain snow di luar. Mama sudah melarang tp Mak Tok tak indahkan. Bila dah Mak Tok demam agak teruk, semua terpaksa balik ke LA lebih cepat. Tp tahun1997 pun rasa juga snow di Sacramento.

Masa cuti summer pun kita org pergi jalan juga. Tu yg Bid sampai sebelah utara seperti Chicago, Detroit, Boston, New York dan Washington DC. Masa kat Washington DC tu terpaksa tidur di asrama singgah pejabat MARA kerana hotel semua penuh dan abg dah tak larat lg nak bawa kereta utk teruskan perjalanan setelah dah lebih 10 jam jalan-jalan. Tp seronok pula kerana boleh masak-masak bersama penuntut Malaysia yg turut tumpang tidur di sana. Bayarannya murah saja Mama kata.

Ok, hg jumpa lg.

Meh la ramai-ramai skit ikut bicara di maya ini dgn Bid .. terima kasih.

2 ulasan:

  1. Salam perkenalan buat BID..

    Bestnyer dpt tgk tmpt org..Dunia ni luas,byk ilmu yg boleh diambil,dikumpul, dsb..Belajar dri hidup yg dilalui dan nikmati sepenuhnya..de pengajaran darinya..
    LOVE GREEN!!PEACE..

    Mak Tok umo bp smpi leh kuat main salji??

    BalasPadam
  2. Salam juga dari Bid.

    Bid mmg rase amat kesal kerana tdk menghargai Mama masa itu. Mama tegas tentang pelajaran tp Bid tdk fhm. Sekarang 1000 penyesalan pun tak guna.

    Mak Tok 70 thn masa tu, tp kuat & sihat. Tp salji mmg terlalu amat sejuk.

    BalasPadam