Isnin, Ogos 10, 2009

PENGALAMAN BID DI AMERIKA - LOS ANGELES

Slm kembali. Maaf semua ya, kerana ini baru Bid dapat melayari maya lagi.

Dr semalam byk org pulak guna komputer. Jd Bid tunggu saja. Bid ingat Mama pesan - jgn sampai selalu dimarahi org kerana gara-gara komputer.

Terima kasih kpd Mommy 2 Haqq d atas komen. Ya Mommy, mmg best masa d Los Angeles & Amerika. Bid dibawa pergi menjelajahi sampai ke beberapa negeri termasuk California, Arizona, Nevada, Utah, Wyoming, Colorado, Illanois, Michigan, New York dan beberapa negri lain. Bid ingat sebab ada gambar kenangan. Nanti Bid cerite pengalaman Bid di sana. Bid mula cerita di Los Angeles la dulu.

Tp sebenarnya Bid kecil lg masa tu. Bid pergi masa umur baru lima tahun lebih. Abang dgn Mama yg belajar di sana. Abah pergi masa cuti saja.

Di Los Angeles, Bid semua duduk dekat apartment dengan 2 bilik besar. Mama kata sewa mahal sgt, jd kena sesuaikan diri. Lg pula Mama kata kawasan itu lebih selamat kerana kawasan 'mat salleh' bukan kawasan 'black' dan juga apartment ini tidak berapa jauh dr Universiti tempat Mama dan abang belajar.

Yang Bid paling ingat ialah ada supermarket besar di seberang jalan. Bid suka duduk dekat 'balcony' melihat kereta dan orang lalu lewat jalan besar di situ, serta juga melihat orang-orang pergi belanja di supermarket.

Selama hampir setahun pertama tu, Mak Tok, iaitu ibu Mama juga ada bersama. Bid dgn Mak Tok selalu juga pergi sendiri ke supermarket itu. Selalunya untuk beli ice-cream 'Haagen Dazs' yg sedap tu. Dekat sana harganya jauh lebih murah, tp Bid pun tak ingat berapa harganya. Yg Bid ingat Mak Tok selalu kata, "Bawa lima ringgit dah boleh beli macam-macam."

Di hujung minggu, Mama selalu bawa pergi belanja dan jalan-jalan. Mama selalu pergi belanja dekat 'China Town' untuk beli ikan, sotong dan udang dan pergi 'Downtown' untuk beli ayam dan daging halal. Ada masa Mama pergi ke sebelah 'Crenshaw' untuk beli bahan khusus 'Asia' seperti rebung, petai dan sebagainya. Barang dapur lain semua ada kat supermarket.

Kekadang Mama bawa pergi berkelah dekat pantai-pantai 'Venice dan Santa Monica.' Sesekali semua pergi 'shopping' dekat 'malls' atau dekat 'outlets' yang agak jauh seperti Desert Hills, serta Camarillo.

Sesekali pula kami semua pergi berkelah ke Disneyland. 'Best' sangat. Mama kata kita org dapat diskaun istimewa kerana jd penduduk 'Southern California.'

Sampai di sini dulu. Nanti jumpa lagi ...

1 ulasan: