Isnin, Januari 24, 2011

BIL API LETRIK NAIK

Sejak beberapa hari lepas selepas mendapat bil letrik letrik, Mak asyik marah-marah dan berleter saja.  Mak kata pasal kita orang pakai laptop hari-hari berjam-jam.

Aduh!  Siapa berani nak menjawap Mak.  Mula tu Alang cuba memberitahu sebab sebenarnya.  Mak naik hangin terus memukul Alang dengan teruk juga.  Selepas tu semua orang diam saja.  Siapa pun dah tak berani guna laptop di rumah sejak dua hari lepas.

Sebenarnya bil letrik tu naik sebab setiap malam kita orang membuat kueh tempahan sampai hampir tengah malam.  Bukan saja pasang lampu, tetapi juga menggunakan oven juga untuk membuat biskut.

Mulai awal bulan Januari 2011, ada tempahan membuat biskut tart sebanyak 200 pek untuk Hari Tahun Baru Cina.  Tempahan itu adalah melalui tauke yang menempah karipap dan murtabak secara kontrak tu juga.

Kita orang semua rasa kecil hati juga.  Bertungkus lumus membantu mendapat pendapatan lebih.  Tetapi masih begini keadaannya.  SEDIH!!!

Khamis, Januari 13, 2011

LAPTOP MERAGAM

Semalam Bid bawa laptop ke kedai repair komputer yang Bid kenal.  Kata juru teknik kat kedai tu laptop Bid kena godam.  Sedih rasanya.  Jadi kena repair dulu.

Oleh kerana itu la sudah banyak hari Bid tak melepak di Maya pasal ni.  Kalau di ofis tak boleh nak gunakan komputer sangat untuk tujuan peribadi.  Nanti boss marah pula.

Sabtu, Januari 01, 2011

1 JANUARI 2011

SELAMAT
TAHUN BARU

BERMULA TAHUN 2011
1 JANUARI TAHUN BARU
UCAP SELAMAT DENGAN IKHLAS
MOHON SIHAT BAHAGIA SELALU

Semoga kita semua akan sentiasa dirahmati dengan keredhaan dan nikmat Allah SWT. Amin.

Isnin, Disember 27, 2010

MELAYU TAK TENTU ISLAM

Semalam kawan sekolah Bid datang ke rumah.  Secara bersembunyi-sembunyi dia ajak Bid dan Alang pergi bekerja ke Kuala Lumpur bersamanya.  Katanya kita orang semua tidak mempunyai ijazah tinggi.  Jadi sukar untuk maju dan mendapat jawatan tinggi dengan pendapatan yang tinggi.

Kalau melihat ketrampilannya memang nampak dia mendapat kedudukan yang baik.  Di umur sebaya Bid dia sudah mampu membeli kereta sendiri.  Bid belum berangan pun lagi.

Bila dibawa berbincang dengan kakak sebelah malamnya barulah tahu cerita disebalik kisahnya.  Rupanya dia bekerja sebagai GRO di sebuah kelab di Bricksfield, Kuala Lumpur.

Kakak sudah tahu cara hidupnya kerana telah terserempak dia bersama lelaki lain-lain.  Kakak nasihatkan kami supaya lebih berwaspada.

"Ada Melayu yang sanggup buat apa saja kerana wang dan untuk kemewahan ... Sekarang Melayu pun belum tentu mengikut hukum Islam."  Demikian kata kakak.

Rabu, Disember 15, 2010

PENDAPATAN TAMBAHAN

Bid agak sibuk sekarang sebab Bid membantu perniagaan kecilan keluarga secara sambilan.  Sebenarnya, bukan sangat perniagaan, tapi lebih sebagai mengambil upah memenuhi permintaan.

Mak, Alang, kakak dan Bid telah bersetuju untuk membekalkan karipap dan murtabak mini kepada pembekal secara kontrak selama 1 tahun.  Kuantitinya lumayan jugalah iaitu sebanyak 500 biji sehari bagi tiap satu jenis.

Bagi karipap upahnya adalah 15 sen sebiji dan untuk murtabak pula ialah 45 sen sebiji.  Jadi pendapatannya adalah RM 300 sehari.  Walaupun, Mak tidak banyak membantu, kami bersetuju membahagikannya sama rata iaitu RM 75 seorang.  Lumayan juga kan?

Jika semuanya berjalan lancar, sekurang-kurangnya untuk setahun ini adalah pendapatan tambahan.  Biarpun meletihkan, tapi amat berbaloi.