Jumaat, April 09, 2010

SIRIH PUN BANYAK JENIS

Hari ini barulah masuk dalam kepala Bid bahawa rupanya sirih ada berbagai jenis juga di Malaysia ini, khususnya di Semenanjung Malaysia. Hari tu dah baca N3 D Dr Fauziah tentang sirih. Bid rasa beliau beritahu tentang peranan dan khasiat sirih.

Semasa waktu rehat sembahayang Jumaat dan makan tengahari tadi Bid dan tiga orang kawan sekerja makan berdekatan kawasan pasar Seremban. Di waktu itu kami bertembung dengan orang yang sedang bercerita tentang sukarnya mencari sirih Melayu untuk dibuat sirih junjung.

Jadi kita orang pun bertanyalah tentang sirih Melayu itu. Mereka berkata bahawa setahu mereka ada empat jenis sirih iaitu sirih Melayu, sirih Keling, sirih Cina dan sirih Udang.

Mengikut cerita mereka, sirih Melayu adalah lebih hijau. Daunnya lebar membujur kehujung. Itulah sebabnya orang Melayu kata bujur sirih. Di pasar Seremban katanya sukar untuk mendapat sirih Melayu. Yang ada dijual ialah sirih Keling.

Sirih Keling pula mempunyai daun yang lebih kecil bentuknya dari sirih Melayu, tetapi lebih keras teksturnya. Warnanya juga tidak begitu hijau, malah seperti kusam, dan rasanya adalah pedas. Mengikut cerita, sirih ini berasal dari India.

Sirih Cina pula adalah seakan sirih Melayu tetapi berwarna hijau kekuningan. Rasanya juga lebih lembut dan tekstur sedikit licin dari sirih Melayu.

Sementara sirih Udang pula agak rapuh daunnya. Ia mempunyai urut daun dibelakang yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah seakan-akan udang yang dimasak.

Selain itu terdapat juga sirih hutan. Sirih hutan ini tidak boleh dimakan, dan daunnya dikatakan keras dan rasanya juga tidak enak. Ia tumbuh dipohon pokok di dalam hutan.

Bid ingat nanti Bid nak pergi baca semula N3 D Dr Fauziah. Hari itu baca sekali lalu saja. Semua yang ingin tahu pun boleh ikut Bid juga la .. hehehe.

3 ulasan:

  1. Salam.
    TK byk kerana sudi ikut balik.
    Ada sirih Cina & sirih udang juga? Ni pertama kali dgr! Nnti nak ikut pergi baca N3 yg direkomen tu .. tq.

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Biasanya sirih Keling & Melayu ada dijual di pasar atau pun oleh penjual bunga India. Ramai juga org tanam. Sirih Cina itu ada kaitannya dengan Cina peranakan atau baba nyonya. Tapi sirih udang tu dah lama sgt tak tgk lg.

    BalasPadam
  3. Salam.
    Terima kasih di atas perkongsian.

    BalasPadam