Ahad, April 11, 2010

SALAH GUNA KEPINTARAN!

Bid ingat Mama dulu selalu bercerita antara pintar dan bijaksana. Masa tu Bid kecil lagi. Jadi Bid pun tak berapa faham masa tu.

Salah satu cerita Mama ialah tentang seseorang mesti bersikap bijaksana. Kata Mama, untuk bijaksana kita hanya perlu tekun dalam usaha meningkatkan keimanan, memperelukkan budi dan juga mencapai tahap kelulusan akademik yang baik. Seseorang yang dapat mengasuhkan diri menjadi bijaksana akan dapat menghadapi segala cabaran hidup dengan cemerlang.

Mama juga kata jika seseorang hanya ada kepintaran dan kepakaran, takut nanti lemas dalam kehidupan. Mungkin itulah yang berlaku kepada murid pintar yang menyamar jadi anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan gelaran ‘Tuan Muda’ itu.

Mengikut berita, remaja berkenaan berusia 18 tahun dan memperoleh 9A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu. Dikatakan dia adalah bekas pelajar aliran sains di sebuah sekolah menengah di Bera dan tinggal bersama sepasang suami isteri yang bekerja sebagai pembantu perubatan sejak kecil lagi.

Mungkin dia jadi begitu akibat atau kesan dari merasai diri terasing kerana duduk dengan keluarga angkat itu. Bid dulu pun ada rasa satu perasaan yang menggangu semasa duduk dengan Mama.

Dia bertindak agresif senyap dengan berbuat begitu. Bid dulu bertindak agak pasif dengan mahu balik duduk dengan Ayah, dan Mama bersikap terbuka dan amat mengerti.

Tapi sekarang Bid menyesal sangat. Mama masih terus baik dengan Bid dan menasihati agar Bid terus berusaha memperbaiki diri.

7 ulasan:

  1. Salam.
    Sekarang byk pemutar belit & mereka yg terlalu ikut nafsu.
    Bagus la kalau anda mendengar nasihat Mama tu. Jaga diri!

    BalasPadam
  2. Salam.
    Sebenar-nya penjenayah & penipu2 tu, otak mesti terra jugak!!!

    BalasPadam
  3. Salam.
    Jika terlebih pandai mmg susah!!

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Tiap kelebihan tu ada kekurangannya, & begitu jugalah disebaliknya. Kita ambil iktibar dari sekelian yg berlaku disekeliling kita supaya kita dpt menjadi org yg bijaksana.

    BalasPadam
  5. Aslmkm.
    Singgah je le :)

    BalasPadam
  6. salam...btul 2 bid...tp ape pun yg penting bid kenalah berfikir dengan lebih matang...

    BalasPadam
  7. Aslmkm semua yg berkunjung. Terima kasih kerana membuat hari2 Bid ceria.
    Bid dah balas ziarah & tinggalkan komen juga.
    Khas Untuk KAK AKMA:
    Cuma di laman kak Akma, tak dapat buka ruang komen la kak! Mungkin ada yg tersangkut kut!
    N3 akak sungguh komprehensif, bagus. Mungkin orang lain pun tak dpt tinggal komen juga. Cubalah akak lihat balik ya :)

    BalasPadam