Sabtu, April 24, 2010

SUDAH DAPAT 'NETBOOK'

Hari ini Bid rasa amat gembira. Akhirnya, Bid ada sebuah komputer sendiri. Ini kira ehsan dari Mama (mak saudara sepupu Bid yang membela Bid masa kecil dulu tu).

Sebenarnya, Mama berjanji masa hari jadi Bid yang lalu. Kata Mama, jika Bid dapat simpan wang lebih sehingga sampai ke jumlah yang cukup untuk membayar separuh harga komputer, beliau akan beri jumlah separuh lagi itu. Tetapi Mama juga letakkan syarat supaya wang tabungan tetap setiap bulan mesti tidak kurang dari RM100.

Bulan ini Bid sudah dapat memenuhi syarat Mama. Bid mula mengumpul sejak bulan November lepas. Bulan ini jumlahnya sudah jadi RM 800. Mama kata kalau hendak 'netbook' sudah boleh beli.

Hari ini, selepas habis saja kerja tadi, Bid terus datang ke rumah Mama. Memang sudah tak sabar-sabar lagi rasanya.

Selepas Maghrib tadi, Mama pun bawa Bid pergi ke kedai komputer, dan kami belikan sebuah 'netbook' hewlett packet. Mama suruh tambahkan keupayaan. Jadi jumlahnya RM1800 jugalah, tetapi Mama bayar saja. :) Bestnyer!!! Alhamdulillah.

Itulah yang Bid duduk mengadap 'netbook' ni, rasa seronok sangat. Abang (anak Mama) pula berjanji nak isikan dengan beberapa 'softwares' esok hari.

4 ulasan:

  1. Salam.
    Tahniah! .. kan tu dah dpt pun komputer yg diidamkan! Baiknya mak saudara a.k.a. Mama Bid tu! Jaga komputer tu dgn baik & gunakan dgn bijak ya!

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Alhamdulillah. Berkat usaha & kesabaran dpt juga apayg diingini tu kan? Harus doakan terus utk kebaikan Mama tu ya :)

    BalasPadam
  3. Salam.
    Bagus, bersyukurlah. Jgn lupa jasa Mama tu!

    BalasPadam
  4. Salam.
    Waaa .. ini sudah bagus. Baru aritu je merungut kan? Baik la Mama Bid tu! Mesti kenang jasa & budinya ya :)

    BalasPadam