Khamis, April 22, 2010

TAKUT WABAK H1N1

Semalam seorang mak saudara sepupu Bid yang tinggal di utara telah meninggal kerana H1N1. Semua anggota keluarganya juga sedang mendapat rawatan di hospital kerana penyakit ini. Katanya suaminya juga sedang dirawat di ICU.

Bid tidak ikut pulang kerana Bid pun tidak begitu rapat dengan mereka. Mama yang menyampaikan berita ini. Kata Mama sekurang-kurangnya sekadar mengambil ingatan supaya lebih berhati-hati dengan kesihatan sendiri.

Mengikut cerita Mama seluruh kawasan perumahan mereka itu dikatakan telah terkena wabak ini. Cuma tahap saja yang berbeza. Keluarga ibu saudara sepupu Bid ini adalah yang paling teruk.

Seram juga mendengarnya. Mama pesan suruh cepat-cepat pergi berjumpa doktor jika demam dan batuk-batuk. Sekarang ini musim hujan dan panas. Banyak orang rasa tak sedap badan. Tak ke menakutkan?

5 ulasan:

  1. Salam.
    Takziah utk keluarga yg meninggal. Al Fatihah.
    Sama2lah kita menjaga kesihatan ya.

    BalasPadam
  2. Salam.
    Benar tu. Jaga diri.
    Al Fatihah untuk arwah.

    BalasPadam
  3. Salam.
    Saya pun demam juga ni .. jaga kesihatan dgn makan ubat pulak la!

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Jaga kesihatan. Jika ada simptom, cepat2 berjumpa doktor. Insya Allah OK, selagi ajal belum sampai.

    BalasPadam
  5. Salam.
    Kita mmg perlu ambil berat pasal kesihatan .. tp tak perlu sampai terlalu takut!

    BalasPadam