Sabtu, Februari 20, 2010

ALANG SUDAH BERSETUJU

Pagi ini Alang memberitahu emak bahawa dia bersetuju untuk dijodohkan dengan pilihan keluarga. Jelas sekali emak amat gembira.

Sejak pulang dari bercuti, Alang telah meminta pandangan Bid, kakak dan Along mengenai calon suami yang disyorkan semasa balik Melaka tempuhari. Calon ini kiranya adalah ciri-ciri suami yang serba sederhana; nampak baik, ada rupa juga dan bekerja tetap dengan kerajaan (kumpulan B).

Sebenarnya calon berkenaan ada pertalian keluarga juga, tapi agak jauh. Kita orang semua pernah bertemunya beberapa kali. Bila bertemu lagi terakhir ini, beliau telah menyatakan hasrat kepada kedua ibu bapanya untuk memperisterikan Alang jika Alang masih belum terikat dengan sesiapa. Kedua ibu bapanya pun terus saja memanjangkan kepada emak dan ahli keluarga terdekat yang lain. Beliau pula memberi cenderahati berserta nota pendek kepada Alang. Semua bersetuju untuk memberi masa hingga cuti sekolah yang akan datang ini untuk melangsungkan pertunangan jika Alang tiada halangan.

Kata Alang dia menyerahkan kepada takdir, dan mendoakan yang terbaik. Katanya nak menunggu pun belum tentu dia akan berjumpa orang yang lebih baik. Sekarang Alang pun dah berusia 25 tahun lebih, dan emak amat risau juga takut Alang menjadi andartu ..... :)

Pada emak semua harus diambil kira. Katanya Bid dan kakak pun harus mula serius memikir tentang jodoh ..... kahkah! Walhal Bid baru akan masuk 20 tahun pada bulan September nanti, sementara kakak pula hanya dua tahun lebih tua dari Bid. Tetapi kakak kata dia mungkin menerima teman kuliahnya yang dia rasa agak istimewa orangnya dan menyayanginya.

5 ulasan:

  1. Salam BID.
    Tukar photo perkenalan diri ya? Kira2 kini dah berani tunjulkan identiti sendiri .. langkah pertama yg positif ke arah mencari jodoh :) Tp BID punya byk masa lg kerana masih amat muda .. enjoy2 la dulu mengikut batasan agama & adat supaya nnti akan lebih matang utk mengharungi hidup berumahtangga.

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Hmmm, cantik gambar tu, cuma kalau fokus lbh pada wajah tentu lbh baik kan?
    Ibu bapa mmg mengambil berat tentang masa depan anak2. Jadi cuba ambil hati mereka jika terdaya.

    BalasPadam
  3. Salam BID.
    Saya pun bersetuju .. gambar perkenalan baru ni adalah lbh baik. Tp, saya sendiri pun belum menunjukkan gambar sendiri .. hehe

    BalasPadam
  4. Salam BID.
    Gitu kan bagus. Nampak la sikit wajah tu .. tp kalau besar sikit lagi bagus :)

    BalasPadam
  5. salam kenal....
    semoga ditemukan jodoh dgn orang yg beriman dan baik baik..

    BalasPadam