Jumaat, Februari 26, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL


Kita melihat pemimpin negara selalunya teruja mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Mungkin itu sudah termasuk dalam agenda tetap negara setiap tahun.

Bid juga turut meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan cara Bid sendiri. Bukan buat apa sangat. Hari ini, Bid sekeluarga sekadar membuat pulut kuning dengan rendang, meehoon goreng dan puding sagu dan mengajak jiran sebelah-sebelah rumah untuk membaca doa selamat dan berselawat Nabi tadi pagi. Kira sebagai majlis kesyukuran juga.

Di hari ini, Bid ucapkan juga Salam Maulidur Rasul kepada kawan-kawan di Maya serta seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga juga semua melakukan sesuatu yang baik sebagai menghormati dan menunjukkan tanda kasih kita kepada Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW, sempena hari kelahiran baginda hari ini. Rasanya tentu lebih baik jika kita dapat lebihkan amalan berselawat selain dari berzikir dan melakukan ibadah sunat.

5 ulasan:

  1. Aslmkm.
    TK ya. Selamat beribadah apa yg mampu & selamat berlibur di hujung minggu.

    BalasPadam
  2. Salam BID.
    Maaf ya, lambat pula baru berkunjung malas ni ..

    BalasPadam
  3. Salam Maulidur Rasul juga. Maaf, tak sempat ziarah pada hari berkenaan kerana sibuk sgt. Tp jgn serik ke pondok saya ya!

    BalasPadam
  4. Aslmkm semua.
    Bid dah pergi ziarah semua: Kak G, DANZ, KERI & Zizaq. Kak G je ada N3 baru, yg lain belum update! :) Frust jugak ni sbb pagi ni tak byk keje lg .. ingat boleh baca cerita2 terbaru.
    Nampaknya elok pergi sarapan dulu la :)

    BalasPadam